Cherok Tokun dari segi istilah nama ini memang pelik, tetapi apalah pada nama. Terdapat nama tempat yang lebih ganjil di seluruh dunia. Ianya amat subjektif sekali tetapi Cherok Tokun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan menarik. Terdapat beberapa keistimewaan di Cherok Tokun yang tidak terdapat di tempat lain. Kedudukannya yang starategik di kaki bukit Bukit Mertajam memberikannya suhu yang sederhana dan nyaman. Kampung ini mempunyai infra yang lengkap dan ianya mempunyai sebuah dahan air 'reservoir' bagi membekal air kepada Keretapi Tanah Melayu dan pengaliran air minuman ke Ampangan Mengkuang.
Hutan tropika dengan tumbuhan asli di Bukit Mertajam membolehkan kita menikmati tumbuhan liar dan udara nyaman. Jabatan Hutan telah menyediakan hutan rekriasi "Hutan Lipur Cherok Tokun".
Yang paling istemewa inilah kampung Sdr Anwar Ibrahim.
Nama Cherok Tokun adalah synonemous dengan nama Sdr Anwar dan disebut di mana-mana jua di dalam ucapanya di dalam semua ucapan di dalam dan juga di luar negara, semenjak zaman ABIM dan Belia.
Kini Cherok Tokun memainkan peranan utama memperjuangkan reformasi bagi menegakkan keadilan terhadap kezaliman yang telah diperlakukan kepada Sdr Anwar Ibrahim, anak watan kampong ini.
Sejak tarikh hitam 2hb September 1998 apabila Sdr Anwar dilucutkan jawatan, di'aibkan, dipecat dari UMNO dan seterusnya dipukul oleh Rahim Noor dan akhir-akhir ini ternyata diracun masyarakat Cherok Tokun telah membulatkan tikad keluar beramai-ramai daripada UMNO serta membubarkan 2 cawangan UMNO di Cherok Tokun. Apabila Parti keADILan National dilancarkan 2 cawangan keADILan telah ditubuhkan.
Kami penduduk Cherok Tokun akan meneruskan perjuangan untuk mengenengahkan suara Sdr Anwar melalui Galeri Cetusan Rasa yang telah dibuka mulai 20hb September 1999.
SEJARAH
Mengikut dari cerita orang lama yang tinggal di kampung ini, nama Cherok Tokun diberi nama sempena nama seorang tua Siam yang terkenal di tahun 1880 bernama Kun yang tinggal di cherok kaki Bukit Mertajam. Kehebatan orang tua ini di dalam berbagai bidang telah menjadikan nama beliau mashur pada masa itu. Kehebatan Tok Kun menjadi buah mulut orang ramai ketika itu untuk pergi ke cherok berjumpa Tok Kun. Akhirnya tempat ini dikenali dengan nama Cherok Tokun.
Kampung Cherok Tokun terdiri dari tiga buah kampung
iaitu Tokun Bawah, Tokun Atas dan Teluk Bukit. Kampung Cherok Tokun terletak
3 km dari pekan Bukit Mertajam dan luasnya kampung ini ialah lebih kurang
8 km persegi.
TEMPAT MENARIK |
PUSAT PERTANIAN
HUTAN LIPUR MASJID JAMEK |
Pusat Pertanian Cherok Tokun adalah salah sebuah pusat pertanian yang terindah di negeri Pulau Pinang. Sebuah Hutan Rekriasi - Hutan Lipur Cherok Tokun terletak di kaki bukit Bukit Mertajam. selain dari tempat yang dinyatakan di sebelah terdapat sebuah gereja lama ia itu Gereja St Ann's yang dikunjungi masyarakat Christian pada bulan Ogos setiap tahun. di dalam kawasan gereja ini terdapat sebuah 'batu bersurat'.
Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah dibina dengan berkonsepkan penggunaan maksima dan mempunyai reka bentuk khas. (Maklumat tempat yang dinyatakan akan dimuatkan kemudian. TKasih)
|