PEMBOHONGAN AKHBAR MENJADI-JADI

BAGAIMANA KONSPIRASI PENANGKAPAN SDR JAMEL CHE DIN

Penangkapan Sdr Jamel Che Din adalah kerana beliau bersama 2 rakan yang lain Sdr Azman Hj Harun EXCO Pusat Parti KeADILan, dan Sdr Halim Jawatankuasa Bahagian Parti Keadilan, yang telah meletakkan jawatan dalam pergerakkan pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh sejak 7 bulan yang lalu merupakan satu tamparan hebat bagi UMNO Permatang Pauh.

Setelah berjanji untuk menyertai semula UMNO maka segala persiapan telah dilakukan bagi menjayakan rancangan ini. Wang RM300,000  sudah disediakan dimana Ahmad Sahar, barua UMNO telah diarahkan menelefon mereka-mereka ini bagi mengatur pertemuan.

Sementara itu, di satu pihak yang lain yang diketuai oleh bekas YB Cikgu Yahya Jamaluddin  bekas orang kepercayaan SDR Anwar telah menjemput salah seorang dari mereka bertiga dan memberi amaran agar jangan memalukan mereka  (UMNO). Beliau menangis apabila diberitahu bahawa wang tidak diterima.

Jamel pula dikatakan bersama 300 pengikut beliau  telah disediakan 3  bas bagi mengadakan  satu sidang akhbar secara besar-besaran di adakan di hadpan Mahazalim dan telah ditempah 60 buah bilik di Hotel Pan Pacific.

Bila tiba waktunya, wang pendahuluan sebanyak RM 10,000 telah diberikan  sebagai ganjaran awal, dengan wang sebanyak RM 10,000 mereka mempunyai alasan bahawa ianya tidak menepati perjanjian yang telah dijanjikan sebanyak RM 300,000. Ahmad Saad menjadi murka kerana setahu beliau wang sebanyak itu telah dikeluarkan, sementara persiapan dengan menjemput Dato Syariff Omar, Dato Ibrahim Saad dan juga barua-barua UMNO yang lain masih berjalan, namun kelibat ketiga-tiga bekas ahli UMNO tidak kelihatan. Semua mula menyalahkan antara satu sama lain, dan akhirnya Ahmad Sahar juga yang di tempelak, bukan apa sebab bodoh banyak!!!!

Dimana wang RM 290,000 lagi.Ianya telah disesatkan ditengah jalan oleh ahli UMNO sendiri. Mereka cuba memperdaya beberapa pihak dalam UMNO. Maknanya ahli UMNO menipu ketua mereka dan Syariff Omar perlu menyiasat akan hal ini.

Selang seminggu kemudian Sdr Jamel diarahkan hadir di balai polis Seberang  Jaya untuk membincangkan soal kampung, disana beliau telah diarahkan ke Balai Polis Bukit Mertajam dimana, beliau diarahkan ke bahagian narkotik dan digari. Ujian air kencing telah dijalankan dan dalam masa 20 minit keputusan positif telah diberitahu. Beliau membantah keputusan ini melalui Sdr Azman seorang peguam, dan diarahkan dijalankan semula ujian air kencing di Hospital Bukit Mertajam dimana keputusannya negatif. Beliau dibenarkan diikat jamin. Perbicaraan akan di adakan semula pada 4 hb jam 2 petang. Beliau tidak ditahan di Pusat Pemulihan Kampung Selamat sebagaimana yang digembar gemburkan oleh akhbar tempatan.

Disebabkan keadaan malu, maka tiada cara lain yang yang patut dilakukan kerana nanmpak sangat 'budak-budak tipu orang tua', maknanya yang ada semua tua-tua dan tak boleh pakai. Yang muda-muda pula dalam UMNO lagi tak boleh harap, kaki songlap dan bodoh-bodoh. Macamana nak jadi pelapis dan pemimpin negara.