Perjuangan REFORMASI Belum Selesai

The greatest threat - ulama?

Petikan daripada column Akbar Ali dalam The Sun bertarikh 18/8/199 :

-"In muslim countries, the ulama or the religious groups will always provide a potent pool of talent to cause chaos, murder and mayhem. This is because ulama are such a gullible bunch. They have little thinking capacity and they are predictable right down to the number of folds in their turbans.They can be easily manipulated.....Today, the ulama are perhaps the single largest threat to the security of the nation since the days of the Communist Party of Malaya...."

-untuk para netters saya jemput agar dapat memberi sedikit pandangan tentang perkara di atas. Saya rasa En Akbar dah jauh menyimpang dan tiada kefahaman tentang peranan ulama di dalam masyarakat...

Saudaraku  sidang netters,


Dewasa ini, saya lebih suka memerhatikan tindak-tanduk yang dimainkan oleh pihak pemerintah yang diketuai oleh super "M" (Mahathir Mohamed) menggunakan tiga lagi M yang mereka ada (i.e., Money, Media dan Machinery) untuk menghancurkan gerakan pembangkang. Perbincangan mengenai isu di atas adalah termasuk dalam M yang kedua, media massa, dan agaimana ia telah digunakan untuk kepentingan pemerintah.


Akbar Ali adalah salah seorang tokoh 'modernisasi' yang cuba diketengahkan oleh arus media utama di negara kita dewasa ini, pandanganya digunakan untuk membanteras arus perubahan dan menerbitkan benih-benih kekeliruan ke dalam masyarakat mengenai Islam. Akhbar Ali ini selalu menulis dalam The Sun, dan sepanjang saya mengikuti pandangan beliau, pandangan beliau mirip Kassim Ahmad, kerana menggunakan hujjah al-Qur'an yang digabungkan dengan ilmu logik semata-mata, tanpa merujuk langsung kepada petunjuk as-sunnah. Lalu, hasil pandangan yang keluarkan selalu sahaja tidak lengkap, jengkel dan kadangkala menyesatkan. Saya sudah lama mengesyaki misi beliau sehinggalah sekarang. Tulisan beliau di atas adalah suatu pendedahan yang nyata mengenai sikap beliau, iaitu sikap anti-ulama sehingga sanggup menyamakan ulama dengan komunis.

Dalam hal mengelirukan masyarakat tentang Islam ini, sudah tentu akhbar berbahasa Melayulah medan utama yang mereka gunakan. Di Utusan Malaysia dan Berita Harian, mereka ada tokoh seperti Astora Jabat, Tok Siak, Awang Sulung, Kadir Jasin; serta beberapa penulis jemputan yang bersilih-ganti seperti Kassim Ahmad (ketua GAH seMalaysia yang tidak asing lagi!), Askiah Adam serta Zainah Anwar (ahli Sisters in Islam) yang mengunakan ruangan khas saban minggu untuk mengutuk parti pembangkang terutama PAS serta para ulamak, dengan menggunakan kemahiran menulis dan ilmu logikal yang mereka kuasai.

Bayangkanlah bagaimana 2 akhbar berbahasa melayu utama ini membela pendokong gerakan anti-hadis dan seolah-olah menyokong fahaman anti-ulama ini, masihkan boleh kita percayai pandangan mereka tentang Islam ? Mereka juga ada mengenengahkan tokoh-tokoh 'sederhana' seperti Dr. Ismail Ibrahim (IKIM) dan Dasuki Ahmad, serta beberapa tokoh lain, di mana tulisan mereka tiada lain, melainkan berkisar secara sinis mengkritik pembangkang dan membela kerajaan. Itulah permainan mereka untuk mengelirukan rakyat sehingga menggadai keutuhan agama, dengan mencampur-adukkan pandangan yang jelas terkeluar dari Islam (dengan menyiarkan pandangan si murtad Kassim Ahmad - saya nyatakan demikian sebagaimana telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri terhadap GAH) dengan pandangan yang kononnya sederhana dan pragmatis.

Perhatikan hari demi hari, ada sahaja tokoh serta pandangan mereka diketengahkan melalui media, hanya untuk membela dan menutup maksiat yang telah dilakukan oleh pemerintah. Bahkan, kerana terlalu ghairah membela 'golongan yang tidak sepatutnya dibela (GYTSD)' ini, mereka telah menjerumuskan diri ke arah menghina agama dan institusi ulama secara sewenang-wenangnya. Pandangan dangkal yang menyesatkan terhadap agama serta kecaman-kecaman yang ketertaluan terhadap para ulama dapat kita saksikan saban hari.

Setiap kali membaca dakyah-dakyah sebegini, jauh di sudut hati saya berdoa semoga Allah melindungi saya serta para muslim yang ikhlas berjuang pada jalanNYa dari termakan 'racun' dakyah mereka. Tak tahulah saya kiranya sudah ramai yang telah tersesat bahana dakyah mereka yang disairkan saban hari. Inilah bahana yang menimpa masyarakat apabila media telah digunakan sewenang-wenangnya, semata-mata untuk membela GYTSD ini. Cubalah kita fikirkan pula bahana yang menimpa hasil penggunaan dua M lagi, 'money' dan 'machinery' untuk membela GYSTD ini, tentulah cukup merisaukan sekali kesannya kepada kita dan masyarakat amnya.

Kita harus menentang usaha penyalahgunaan tiga M ini sebagaimana kita sedang menentang 'super M' kerana sebagaimana yang kita tahu, 'super M' sanggup menggunakan apa saja untuk mempertahankan dirinya, hatta menggunakan taktik 'bumi hangus' [taktik memusnahkan segala kemudahan yang ada seperti bangunan, jambatan dll], untuk terus berkuasa. Sedarlah, Mahathir kini sudah sampai ke tahap membawa Malaysia ke ambang kehancuran, hanya kerana untuk mempertahankan dirinya dengan menyalahgunakan tiga M yang ada di sekelilingya.

Semoga Allah membantu kita dalam usaha membanteras kazaliman dan kemaksiatan yang berlaku secara berleluasa dan terang-terangan di negara kita kini. Semoga pemimpin dan golongan penyangak ini dapat ditumbangkan dan pemimpin sebenar akan lahir. Ameen!