MAHATHIR PALING DIBENCI RAKYAT

Imej  Dr. Mahathir terletak ditahap utama di kalangan rakyat Malaysia sebagai orang yang paling dibenci.  Kajian penerimaan masyarakat dan kepopulariti Dr. Mahathir telah dijalankan olih sebuah agensi meliputi masyarakat  yang berbilang kaum.

Keputusan kajiselidik dari seratus ribu respondan yang ditemubual adalah seperti berikut::
 

KAUM
SOKONG 
 BENCI
TIDAK PASTI
Melayu 
 15% 
 85% 
 0% 
China 
 20% 
75%
 5%
India
 23%
70%
 7% 
Lain-lain 
 25% 
65% 
10%
JUMLAH
20.75%
73.75%
5.5%
 
Kajian tersebut juga menyatakan bahawa Barisan Nasional akan di tolak olih rakyat dalam pilihan raya akan datang kerana Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir mengamalkan:
 
Kronisma  Bailout syarikat kroni-kroni
Nepotisma  Beri projek dan bailout berbillion kepada anak Mahathir
Rasuah  Pemimpin BN yang tak kaya raya. "Father & Son"
Zalim Kes DSAI
Membazir Melakukan pembaziran projek mewah dan rakyat miskin diabaikan
Menindas Perhimpunan aman dizalimi polis
Menipu Penipuan dan pembohongan media utama kerajaan
Salah Guna Kuasa  Peguam Negara, Hakim dan Polis di guna sewenangnya untuk Mahathir 
Berbagai lagi SHIT
 
Segala rancangan telah diatur dan pihak tertentu diarah untuk mengalih pandangan rakyat serta memulih keyakinan rakyat melalui media utama negara terhadap kegawatan ekonomi yang melanda negara. Media utama telah diarah untuk menyelitkan berita-berita palsu dalam rencana khas dan sebagainya untuk dihidangkan kepada rakyat..

Kaedah-kaedah lain yang akan diketengahkan dalam menangani kebangkitan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin adalah:
 

Peruntukan pilihanraya bagi agensi sokongan kepada BN khususnya Kementerian Penerangan akan ditingkatkan dan dijangkakan peruntukan kali ini mungkin melibatkan perbelanjaan yang lebih besar.

Walaupun RTM, TV3 dan media cetak kawalan kerajaan akan memuatkan segala cerita dan fitnah bagi mengalih persepsi masyarakat, kita yakin bahawa masyarakat Malaysia sudah sedar dengan dakyah dan tipu helah BN.

Sejauh mana Dr Mahathir sanggup mempergunakan dan meminupulasi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memenangi calun BN khususnya beliau sendiri dengan menggunakan taktik seperti berikut tidak mustahil.

Ketua Wanita UMNO dalam kenyataan beliau di Pulau Pinang telah menyatakan terdapat pemindahan pengundi-pengundi tanpa pengetahuan pemilih. Bilangan pengundi, kawasan dan yang paling mustahak tindakan yang diambil tidak dinyatakan.

Parti PAS juga dalam kenyataannya telah menyatakan terdapat pertindihan nama dan penggunaan kad pengenalan oleh orang kedua. Angka yang diberi oleh PAS menjengkau puluhan ribu. Bilangan ini tidak mungkin berlaku atas kesilapan teknik akantetapi kemungkinan besar kesilapan manusia
.
Suruhanjaya dibawah Pengerusi yang baru diharap dapat mempastikan segala kepincangan yang telah disuarakan oleh Ketua Wanita UMNO dan PAS diatasi segera dan mempastikan perjalannan pilihanraya berlaku dengan adil dan bebas dari pengaruh PM atau TPM.*

*Dato Omar Hashim berasal dari Kepala Batas, orang kampung TPM