Salam sejahtera kepada saudara dan saudari sekalian.

Saya adalah penyokong kuat gerakan memboikot media kerajaan semenjak September 1998 dan telah berjaya mempengaruhi ramai kenalan dan rakan sekerja mahupun jiran-jiran setempat.

Saya percaya ada banyak cara untuk memastikan keberkesanan gerakan ini. Saya percaya jika semua pihak mahupun individu mengikuti cara ini, insya Allah ianya akan bertambah efektif.

Dengan menyebarkan kempen ini semaksimum yang boleh kepada semua orang dan tempat di seluruh negara dengan melalui cadangan-cadangan berikut:

(i) Maklumkan kepada orang ramai melalui laman web masing-masing.
(ii) Maklumkan kepada orang ramai melalui e-mail ke semua kenalan/sasaran yang diketahui. Sebagai contohnya laman Sedarlah yang mempunyai begitu banyak langganan e-mail boleh melakukan ini dan digalakkan agar setiap penerima e-mail menyebarkannya kepada yang lain-lainnya. Walaubagaimana pun tanggungjawab ini adalah lebih baik dilakukan semua pihak termasuk individu-individu.
(iii) Maklumkan orang ramai yang tidak mempunyai internet access dengan mencetak bahan kempen ini dan menyebarkan ianya ke semua sasaran awam.

Inilah cadangan saya yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Orang Utara
Sri Manjung(KKS)
Perak DR
----------------------------------------------------------------------


SERUAN MEMBOIKOT MEDIA

Menjelang Piliharaya Umum Kesepuluh yang telah berakhir baru-baru ini pihak media yang dikuasai kerajaan di negara ini telah memperlihatkan betapa hinanya tindak tanduk yang sanggup mereka lakukan demi mencapai tujuan politik mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan niat mereka tercapai.

Media tempatan ini telah memutar belit fakta, dan menggunakan cara mengancam dan mengertak, demi memaksa para pengundi supaya mengundi pihak kerajaan yang berkuasa. Islam telah digambarkan sebagai agama yang zalim dan undang-undang Islam digambarkan sebagai bersifat primitif dan liar. Media tersebut juga menjanjikan bahawa rusuhan dan sengketa kaum akan tercetus jika kerajaan yang ada gagal mempertahankan kelebihan suara dua pertiganya – 
sama seperti yang terjadi 30 tahun lalu pada tahun 1969.

Media tempatan telah memainkan peranan penting dalam mengelirukan rakyat umum dan menakut-nakutkan mereka. Media yang sepatutnya menjadi suara hati nurani negara ini, sebaliknya menjadi penyebab dan talibarut dalam perbuatan mengancam rakyat yang bersifat jenayah ini. Media yang dikuasai kerajaan ini tidak lagi menjadi sumber maklumat yang bertanggungjawab dan berwibawa.

PAS, KeADILan, DAP dan PRM – yakni parti-parti yang menganggotai Barisan Alternatif -- bersama dengan sejumlah besar badan-badan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan sekerja, dan persatuan-persatuan dari seluruh pelusuk negara menyeru semua rakyat negara ini agar menyertai kami dalam melaksanakan boikot terhadap The New Straits Times, Utusan Malaysia dan TV3 –  tiga organisasi media yang paling besar dosanya dalam bidang ini. Kami 
juga menyeru rakyat agar memboikot syarikat-syarikat yang menyiarkan iklan di TV3. Tanpa sokongan para pengiklan ini TV3 tidak akan dapat wujud terus dan terus melansungkan kewartawanan yang tidak berakhlak dan bermoral itu. Kami juga mengemukakan amaran kepada akhbar-akhbar dan stesen tv lainnya – yang sebenarnya hampir sama sahaja sifatnya – bahawa jika mereka terus mengamalkan kewartawanan mereka yang keji itu kami tidak akan teragak-agak 
memasukkan mereka dalam senarai media yang turut diboikot.

Pada hari Ahad, 30hb Januari 2000, pada jam 5.00 petang, kami secara rasmi akan melancarkan tindakan boikot ini dalam suatu majlis sederhana di suatu tempat yang akan diumukan kemudian. Tiap seorang pemimpin parti Barisan Alternatif akan menyampaikan ucapan ringkas. Setelah itu para hadirin akan dipersilakan menandatangani sebuah surat bantahan serta menandatangani 
sebuah kain rentang bantahan yang terpanjang di dunia. Kami harap kain rentang ini akan dicatat dalam Guiness Book of Records dan menjadikan Malaysia berbangga dalam semangat "Malaysia Boleh". Baju-T, lencana dan pelekat kereta juga akan dijual untuk keperluan mereka yang ingin membantu "memasyhurkan" tindakan boikot ini.

Boikot yang bermula pada 1hb Februari 2000 ini akan berlangsung selama tiga bulan – setelah itu suatu "kajian semula" akan dilakukan. Jika didapati bahawa tiga media tersebut tidak juga mengubah sifat buruk mereka maka boikot tersebut akan diteruskan – malah media lain juga boleh 
diikutsertakan.

Semua rakyat Malaysia dipersilakan hadir dalam majlis pada 30hb Januari 2000 itu. Semoga kita akan bertemu di sana.

Rustam A. Sani
BARISAN ALTERNATIF

Note: Webmaster Pemantau menyokong sepenuhnya seruan boikot media ini.



--------------------------------------------------------------------------------

A CALL TO BOYCOTT THE MEDIA

The run-up to the recently concluded Tenth General Elections has shown how low the government-controlled media can stoop to achieve their political ends. They have given new meaning to the phrase "the ends justify the means".

The local media has distorted facts, and used blackmail and threats to goad the voters into voting for the government-of-the-day. Islam was pictured as cruel and Islam’s laws as primitive and barbaric. It was promised that riots and racial strife would occur in the event the government of the day fails to retain its two-thirds majority -– just like what happened 30 years ago in 1969.

The local media played this prominent role of misinforming the public and frightening them. The media, which is supposed to be the conscience of the nation, became perpetrator of lies and accomplice to the criminal act of blackmail. The government-controlled media is no more responsible nor a reliable organ of information.

PAS, keADILan, DAP and PRM – members of the Barisan Alternatif – together with the majority of the NGOs, Unions, and Associations spread out all over the country invite all Malaysians to join us in boycotting The New Straits Times, Utusan Malaysia, and TV3 – the three most guilty of this crime. We also invite all Malaysians to boycott the advertisers of TV3. Without these advertisers TV3 would not be able to stay in business and continue to practice its unethical and immoral journalism. A warning will also be given to other newspapers and TV stations – who were no better – that if they persist in their orgy of lies, we would not hesitate to include them in the boycott list.

On Sunday, 30th January 2000, we will be officially launching this boycott in a simple ceremony at a venue that will be announced later. Each leader of the Barisan Alternatif parties will be giving a short address, after which those attending the ceremony will be invited sign a petition plus the 
longest protest message banner in the world which, we hope, can be entered into the Guinness Book Of Records and make Malaysia proud in the spirit of Malaysia Boleh. T-shirts, badges and bumper stickers will also be on sale for those who would like to "spread the word".

The boycott, which will commence on 1st February 2000, will go on for three months after which it will be reviewed. If it is found that these three have not repented then the boycott may be extended indefinitely – in fact, the boycott could be extended to include other media organisations.

All Malaysians are invited to attend this ceremony on 30th January 2000. We look forward to seeing you there.


Rustam A. Sani
BARISAN ALTERNATIF