TREJEDI DI BULAN SEPTEMBER


20 September 1998: Apakah tujuan pasukan elite polis lengkap dengan sejata automatik dan 'ski-mask' memecah masuk ke  rumah DSAI pada malam tersebut? Apakah arahan kepada pasukan komando polis yang memecah pintu rumah  dan beribu yang lain mengepungi kediaman DSAI? Siapakah yang mungkin menjawab persoalan ini?

Kepada anggota polis yang datang, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut perintah ketua mereka. Mereka ikut dan patuh kepada arahan bagaimana zalim sekali pun.

Pada malam ersebut ketua polis Rahim Nor dalam bahasanya [bapa anjing] menyerang dan mencederakan DSAI dalam lokap Bukit Aman. Pembohongannya pada keesokan hari dalam sidang akhbar menyatakan DSAI dalam keadaan selamat.

Setelah dihadapkan ke mahkamah dengan mata yang lebam pada 29.9.98 Perdana Menteri Malaysia sendiri yang menyatakan DSAI mencederakan matanya sendiri. Rafidah Aziz menyahut dengan kata-kata yang sama, supaya DSAI dapat meraih simpati dari rakyat.

Suruhanjaya yang ditubuhkan hanya menyiasat perkara yang sememangnya telah diketahui umum, iaitu Ketua Polis Negara yang mencederakan DSAI.

Kita masih teringat setiap detik yang berlaku kepada DSAI,  keluarganya dan sahabat-sahabat yang lain yang turut dicederakan dan fitnahkan. Kini sudah lebih setengah tahun berlalu, rakyat masih mendesak supaya Perdana Menteri mengundurkan diri.

Kezaliman mesti digantikan dengan keadilan. Kezaliman perancang konspirasi, kezaliman pihak polis, kezaliman sistem perundangan dan kezaliman orang yang menabur fitnah serta sesiapa jua yang bersengkongkol dengan menfitnahkan DSAI mesti dihukum. Sekiranya mereka ini dengan kekuasaan yang ada serta wang ringgit seperti dilapurkan dapat melarikan diri hukuman di dunia, hukum Allah tetap ada dan siksaan Allah itu lagi amat pedih.

Bagi kita yang terinaya tidak punya kuasa dan tidak punya wang, do'a kita  kepada Allah snw insya Allah akan dikhabukanNya. Do'a orang yang dizalimi diterima oleh Allah. Amin Amin ya rabul 'Alamin.